|
PENUBUHAN, PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN
- Pek Tunas Puteri, Pasukan Pandu Puteri, Unit Renjer Puteri dan Kelab Renjer Puteri untuk kanak-kanak
dan remaja wanita boleh ditubuhkan di mana-mana sahaja, seperti di ibu pejabat Pandu Puteri tempatan , sekolah menengah, serta
kolej matrikulasi yang terdapat tingkatan enam.
- Pasukan Kadet Pandu Puteri untuk bakal pemimpin boleh ditubuhkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri tempatan,
Maktab Perguruan dan Institusi Pendidikan.
- Kelab Pandu Puteri untuk bakal pemimpin boleh ditubuhkan di ibu pejabat Pandu Puteri tempatan dan
Institusi Pendidikan Tinggi,
- Kelab Renjar Pandu Puteri , Kumpulan Sahabat Kepanduan dan Kumpulan Guild Trefoil untuk wanita dewasa
boleh ditubuhkan di ibu pejabat pandu Puteri tempatan, tempat kerja dan di kawasan perumahan .
PENDAFTARAN
- Pek Tunas Puteri , Pasukan Pandu Puteri , Unit Renjer Puteri , kelab pandu Puteri , Kelab Renjer Puteri
, Kumpulan Sahabat Kepanduan dan Guild Trefoil hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan secepat mungkin
.
- Borang pendaftaran boleh didapati daripada ibu pejabat kebangsaan atau ibu pejabat negeri .
- Borang pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan ketua Pesuruhjaya
Negeri kepada ibu pejabatt kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftaran .
- Yuran pendaftaran henya dibayar sekali .
- Pek, Pasukan, Unit, Kelab , dan kumpulan dikehendaki membaharui pendaftarannya dan mengemaskinikan
bilangan ahlinya dengan ibu pejabat kebangsaan melalui Pesuruhjaya Daerah dan ketua Pesuruhjaya Negerinya.
- Pembaharuan pendaftaran beserta bayaran yuran ahli dihantar ke ibu pejabat kebangsaan tidak
lewat daripada 31 Mac setiap tahun .
- Sijil pendaftaran ialah hakmilik Pek, Pasukan, Unit dan Kelab. Jika sijil hilang, bayaran akan
dikenakan untuk sijil ganti .
KEPIMPINAN
- Setiap Pek Tunas Puteri atau Pasukan Pandu Puteri atau Unit Renjer Puteri atau Kelab Renjer Puteri
perlu dipimpin oleh wanita dewasa yang akan dikenali sebagai :
Pek Tunas Puteri
Pemimpin : Kakak
Setia
Penolong : Siti
Setia
Pasukan Pandu Puteri
Pemimpin : Kapten
Penolong : Leftenan
Unit Renjer Puteri
Pemimpin : Kapten
Penolong : Leftenan
Kelab Renjer Puteri
Pemimpin
: Kapten
Penolong : Leftenan
BILANGAN AHLI
Pek Tunas Puteri : Minima 12 orang , Maksima
36 orang
Pasukan Pandu Puteri : Minima 16 orang , Maksima 36 orang
Unti Renjer Puteri : Minima 8 orang , Maksima
36 orang
Kelab Renjer Puteri : Minima 8 orang , Maksima 36 orang
Sekiranya terdapat kurang daripada bilangan minimum , kebenaran khas boleh diperolehi daripada
Ketua Pesuruhjaya Malaysia Persatuan pandu Puteri Malaysia .
- Pek , Pasukan , Unit dan Kelab dipimpin oleh pemimpin berwaran atau seorang Jurulatih
- Pihak yang ingin menubuhkan Pek Tunas Puteri atau Pasukan Pandu Puteri atau Renjer Puteri
dan Kelab Renjer Puteri boleh menghubungi ...
- PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA, WISMA PANDU PUTERI , PETI SURAT 1121, JALAN PANTAI BAHARU
, 59700 KUALA LUMPUR.
KEWANGAN PERSATUAN
- Perbelanjaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibiayai sebahagiannya daripada kutipan yuran ahli ,
hasil jualan peralatan kepanduan , usaha mengisi tabung Persatuan , sumbangan derma yang diterima , serta punca kewangan lain
yang telah dipersetujui.
- Setiap Pek, Pasukan , Unit , Kadet Kumpulan dan Kelab mengurus hal kewangan mereka sendiri.
- Setiap Pek atau Pasukan atau Unit atau Kelab atau Kumpulan atau Guild hendaklah membuat kutipan
yuran daripada ahli -ahlinya.
- Semua pemimpin perlu menyimpan akaun yang akan diperiksa oleh Pesuruhjaya Daerah . Akaun yang
melibatkan wang yuran ahli boleh diperiksa oleh semua ahli berkenaan.
- Yuran keahlian muda: RM2.00 setahun , Ahli Dewasa; RM5.00 setahun dan ahli seumur hiduo
sebanyak RM200.00 sekali sahaja .
|
 |
|
|
|
 |
|
PENUBUHAN KADET , KELAB , PASUKAN KELAB RENJER , KUMPULAN SAHABAT KEPANDUAN , KUMPULAN
GUILD TRIFOIL DAN JAWATANKUASA TEMPATAN
KADET PANDU PUTERI
- Bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang memahami dan menguasai kemahiran asas kepanduan serta konsep
dan peranan kepimpinan dalam pergerakan Kepanduan .
- Bertapak di Maktab atau Institusi Pendidikan .
- Bilangan ahli Pasukan Kadet Pandu Puteri ialah minimum 8 orang dan maksima 50 orang
- Sekiranya terdapat kurang daripada 8 orang , kebenaran khas boleh diperoleh daripada ketua Pesuruhjaya
Malaysia , Persatuan pandu Puteri Malaysia.
- Pasukan Kadet Pandu Puteri dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran atau seorang jurulatih .
- Jawatankuasa terdiri daripada ; Pengerusi , Setiausaha, Bendahari dan Ahli jawatankuasa kecil.
KELAB PANDU PUTERI
- Menyediakan remaja wanita dan wanita dewasa memimpin dan melaksanakan tanggungjawab sebagai Pemimpin
Muda dalam Pergerakan Kepanduan , khasnya dalam Persatuan pandu Puteri Malaysia .
- Bergiat di institusi pendidikan tinggi ( Universiti atau Kolej awam dan swasta).
- Bilangan ahli minima 8 orang , maksima 50 orang, sekiranya kurang dari 8 orang kebenaran khas diperlukan
.
- Jawatankuasa terdiri daripada; Pengerusi , Setiausaha, Bendahari dan Jawatankuasa kecil .
PASUKAN KELAB RENJER PANDU PUTERI
- Menyediakan remaja wanita dan wanita dewasa memimpin dan melaksanakan tanggungjawab sebagai
ahli dalam Pergerakan Kepanduan , khasnya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
- Boleh ditubuhkan ditempat kerja dan kawasan perumahan .
- Terbuka kepada semua wanita dan wanita dewasa yang berminat menceburi diri dalam Pergerakan Kepanduan
atau meneruskan penglibatan dalam Pergerakan kepanduan selepas meninggalkan alam persekolahan di sekolah atau institusi pendidikan
tinggi .
- Ahli jawatankuasa terdiri daripada ; Pengersui , Setiausaha, Bendahari dan Jawatankuasa kecil.
KUMPULAN SAHABAT KEPANDUAN
- Wanita dewasa yang berminat menceburi bidang Kepanduan dan menikmati acara sosial Kepanduan walaupun
tidak pernah menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia boleh menganggotai Kumpulan Sahabat Kepanduan . Dengan demikian
, mereka boleh dilantik atau dijemput menjadi Ahli Jawatankuasa Kecil, Kumpulan Kerja dan Pasukan Kerja. Kumpulan
Sahabat Kepanduan membantu mendapatkan tajaan dan derma , memberi khidmat dan menyokong Persatuan Pandu Puteri Malaysia di
peringkat Kebangsaan , Negeri , Daerah atau Unit.
- Bilangan ahli minima 8 dan maksima 50 orang.Kebenaran khas diperlukan sekiranya ahli kurang
daripada 8 orang.
- Ahli jawatankuasa terdiri daripada ; Pengerusi , Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa kecil.
- Penasihat Kumpulan Sahabat Kepanduan merupakan seorang Pesuruhjaya.
KUMPULAN GUILD TREFOIL
- Dianggotai oleh sekumpulan bekas ahli kepanduan yang ingin terus secara langsung dalam kegiatan kepanduan
, memberi khidmat dan sokongan , mendapatkan tajaan dan derma untuk Persatuan pandu Puteri Malaysia diperingkat Kebangsaan
, negeri dan Daerah.
- Bilangan ahli kumpulan ialah minima 8 orang dan maksima 50 orang. Bilangan kurang dari 8 perlu mendapat
kebenaran khas.
- Jawatankuasa terdiri daripada ; Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa kecil.
- Penasihat Kumpulan Guild Trefoil ialah seorang Pesuruhjaya.
JAWATANKUASA TEMPATAN
- Boleh ditubuhkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau ketua Pesuruhjaya Negeri bagi satu tempoh masa tertentu
berasaskan Projek Kepanduan umpamanya Projek Pembinaan bangunan Persatuan , Projek Lawatan Persahabatan atau Projek
Usaha Mengisi Tabung Persatuan .
- sebaik-baiknya dianggotai oleh 60% ahli berpakaian seragam ( Pandu Puteri) dan 40% ahli tidak berpakaian
seragam yang terdiri daripada Penasihat , Pengerusi , Setiausaha , Bendahari dan Pengerusi Jawatankuasa Kecil ( mengikut keperluan)
.
- Gelaran Jawatankuasa tempatan menggantikan gelaran ' Local Association'.
SUMBER MAKLUMAT : DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM , PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
2004 hingga 2009: DIEDARKAN OLEH IBUPEJABAT KEBANGSAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA, KUALA LUMPUR.
|
 |
|
|
|